Friday, 25 December 2015

Kefahaman instrumental dan relasional

Skemp (1976) menyebut dua jenis pembelajaran yang biasanya berlaku dalam pendidikan matematik di seluruh dunia iaitu ‘relational understanding’ dan ‘instrumental understanding. ‘Instrumental understanding’ ialah pembelajaran secara hafalan, ataupun ‘rules without reason’. Guru menunjukkan cara atau langkah menyelesaikan masalah matematik dan pelajar menyerap dan menghafal tanpa memahami sebab dan kenapa ianya begitu. Manakala ‘relational understanding’ pula ialah pembelajaran yang memfokuskan kepada konsep sebenar matematik. Pelajar tidak di ajar cara dan langkah menyelesaikan masalah matematik. Tetapi pelajar diajar supaya memahami konsep dalam matematik itu dengan betul supaya mereka dapat mengaplikasi pengetahuan tersebut untuk menyelesaikan masalah.
            Skemp (1976) juga menggunakan konsep ‘faux amis’ untuk menjelaskan salah faham konsep yang akan berlaku sekiranya murid diberikan pembelajaran jenis ‘instrumental understanding’. Faux amis ialah istilah yang digunakan oleh orang Perancis untuk menerangkan perkataan yang sama atau hamper sama dalam dua bahasa yang berbeza tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya ‘histoire’ dalam bahasa Perancis ialah ‘story’ dalam bahasa Inggeris, bukannya ‘history’. Konsep ‘faux amis’ ini bole diguna pakai dalam pembelajaran matematik. Banyak ‘faux amis’ yang boleh berlaku sekiranya pembelajaran ‘isntrumental understanding’ digunakan. Skemp (1976) menjelaskan kebaikan ‘relational understanding’ dan menjelaskan mengapa ‘instrumental understanding’ lebih popular walaupun ia mendatangkan banyak cela dalam pendidikan matematik kepada pelajar sekolah khususnya. ‘Instrumental understanding’ akan mendatangkan kerosakkan yang teruk terutamanya kepada pelajar-pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi atau pelajar genius. Ini adalah antara punca ‘drop out’ dikalangan pelajar-pelajar bijak.

            Skemp (1976) dalam artikelnya yang bertajuk ‘Relational understanding and Instrumental Understanding’ membincangkan isu yang sangat kritikal dan penting terutamanya dalam pendidikan matematik. Konsep matematik adalah tunjang utama. Pelajar perlu terlebih dahulu mahir dalam konsep matematik sebelum mampu untuk mengaplikasikannya dalam menyelesaikan masalah harian dalam kehidupan. 

No comments:

Post a Comment