
Mengikut
Effandi et. al., (2007) konsep merupakan
asas kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Murid akan
menguasai matematik jika memahami konsep dan hubungan antara konsep serta boleh
menggunakan pemahaman itu dalam situasi yang baru. Kebanyakan pelajar gagal
menguasai konsep matematik adalah kerana tiada pemahaman konsep yang kukuh dan
kesalahfahaman tentang sesuatu konsep. Kesalahfahaman konsep matematik terjadi
apabila proses pembinaan idea yang digambarkan atau ditafsirkan secara salah
akibat kekeliruan atau kefahaman yang cetek dalam ilmu yang diterima seseorang
individu. Mengikut kajian tempatan yang dijalankan, jelas menunjukkan kewujudan
salah konsepsi dalam beberapa topik di sekolah menengah, maktab dan universiti
sukar untuk diubah. Terdapat tiga sumber penyumbang kepada miskonsepsi ini. Antaranya
ialah idea daif daripada pengalaman harian dan bahasa seharian yang digunakan,
kefahaman yang tidak kukuh semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
berpunca daripada pengajaran dan penerangan guru atau pensyarah yang tidak
tepat atau salah.
Dengan
mempelajari cara untuk membetulkan kesalahfahaman konsep matematik dalam
kalangan pelajar, berbanding membetulkan kesalahan mereka, guru berpotensi
untuk meningkatkan pemahaman konsep pelajar pada topik matematik yang sedang
diajar. Setelah menggunakan alat ‘Common / Habitual
Algebra Student Misconceptions – Function Families (CHASM)’ untuk menilai guru tentang
pengetahuan (content) matematik dan ilmu pedagogi setelah tiga hari
berkursus, guru didapati dapat meningkatkan kemampuan mereka dalam
mengenalpasti kesalahfahaman konsep yang biasa terjadi di kalangan pelajar dan
meningkatkan kemampuan untuk membetulkan kesalahfahaman konsep ini. Artikel ini
membincangkan tiga perkara iaitu, hasil daripada 10 orang guru Algebra yang
menggunakan kemahiran pedagogi selepas 3 hari berkursus (Teaching Algebra
Concepts through Technology (TACT2)), kedua ialah mengenalpasti dan
mengkategorikan kesalahfahaman konsep dan yang ketiga ialah menyediakan bantuan
pedagogi untuk membetulkan ‘misconceptions’ berbanding kesalahan menulis
jawapan (Holmes, Miedema, Niewkoop, & Haugen, 2013) .
Keratan
akhbar yang ditulis pada 16 Mac 2013oleh Abdul Halim Abdullah mengandungi
kajian Trends in International Math and Science Study (TIMSS) mengenai prestasi
pelajar dalam Matematik dan Sains bagi beberapa negara termasuk Malaysia dan
pola amalan pengajaran guru Matematik. Menurut penulis, daripada kajian TIMSS
yang dijalankan setiap 4 tahun bermula 1999, 2003, 2007 dan 2011, peratus masa
yang paling tinggi digunakan pelajar Malaysia dalam kelas Matematik dalam
seminggu ialah mendengar pembentangan kuliah oleh guru dan menyelesaikan
masalah Matematik dengan bimbingan. Ini diikuti dengan menyelesaikan masalah
Matematik tanpa bimbingan guru dan mengulangkaji kerja rumah yang diberikan.
Berdasarkan pola pembelajaran pelajar Malaysia dalam kelas Matematik ini,
penulis mendapati guru Matematik pada masa kini masih terikat kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran bersifat tradisional dan berpusatkan guru sejak
lewat 1990-an (Abdullah, 2013) .
Wu
(1999) dalam kajiannya yang bertajuk Preservice Professional Development of
Mathematics Teacher membincangkan mengenai krisis profesion guru di Amerika
Syarikat. Beliau menyatakan terdapat dua kategori guru matematik yang
diketengahkan oleh penulis. Iaitu A; guru yang mengajar matematik tanpa latihan
yang betul (proper training). B; guru
yang melalui ‘standard credentialing program’ tetapi tidak mempunyai
pengentahuan asas ‘mathematics content’. Kedua-dua jenis guru ini akan
mendatangkan masalah dalam pendidikan matematik di sekolah-sekolah. Masalah
yang lebih besar datang daripada guru jenis A, iaitu yang mengajar matematik
tanpa latihan yang betul (proper
training). Penulis menekankan guru yang tidak kompeten dan tidak
berkelayakan akan menjadi punca ketidak berkesanan pendidikan matematik di
sekolah. Kedua-dua golongan guru ini, A dan B akan mendatangkan banyak masalah
melibatkan ‘misconception’ dalam matematik dan membuatkan pelajar hilang minat
dalam pembelajaran matematik. (Wu, 1999)
No comments:
Post a Comment