Friday, 25 December 2015

KBAT / HOTS

Image for Higher Order Thinking and Effective ICT Integration
ISU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah elemen baru yang dimasukkan dalam instrumen pentaksiran. Ia adalah hasil daripada 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Iaitu bagi meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. KBAT atau HOTS (higher order thinking skills) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT digubal berdasarkan aras kognitif Taxonomy Bloom. Empat aras dalam Taxonomy Bloom dipilih iaitu, mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mereka cipta.

HOTS memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat/ fakta/ idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. Pelajar mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru. Menggunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setipa permasalahan atau peristiwa baru. Beberapa cirri telah dinyatakan sebagai cirri item hot iaitu, yang pertama, skop yang luas. Pengetahuan asas sebagai keperluan. Ciri yang kedua ialah fakta, item HOTS tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran. Ciri yang ketiga ialah bermakna, iaitu boleh ditaksir dan mencabar. Ciri keempat ialah stimulus. Situasi baru yang bukan lazim bagi murid, tetapi member maklumat secukupnya kepada calon. Cirri yang kelima ialah kepelbagaian dalam respons murid, boleh melibatkan lebih daripada satu jawapan.

KBAT merupakan elemen baru dalam pentaksiran yang baru dilaksanakan di Malaysia. Oleh itu pelbagai isu telah timbul berkenaan KBAT. Antara isu yang timbul ialah kefahaman guru terhadap KBAT, isu kemahiran guru dalam menjalankan KBAT, isu kesediaan murid dan isu instrument pentaksiran. Guru dikatakan kurang jelas dengan makna item HOTS. Ramai pihak terutamanya ibu bapa menyatakan guru tidak dapat menjawab apabila di soal mengenai makna item HOTS. Guru-guru lama misalnya enggan mengambil tahu mengenai item HOTS dan hanya mengharapkan bantuan guru-guru lain. Walaubagaimanapun Lembaga Peperiksaan telah cuba untuk menyelesaikan isu ini dengan membina manual pembinaan item HOTS dan mempelbagaikan kaedah persembahan item HOTS disamping menunjukkan contoh-contoh item HOTS bagi pelbagai tahap umur murid.

Guru kurang mahir dalam membina item HOTS. Untuk membina item HOTS, guru mesti lah mempunyai kemahiran. Kemahiran ini memerlukan masa yang lama untuk dimiliki. Kesediaan murid juga menjadi isu dalam pelaksanaan KBAT. Pelajar dikatakan kurang mampu untuk menjawab item HOTS. Berdasarkan skrip jawapan UPSR, PMR, SPM, hampir 30% tidak mencuba untuk menjawab apabila item itu tidak dalam bentuk lazim (Lembaga peperiksaan, 2014). Untuk mengatasi masalah ini. Murid mestilah dibiasakan dengan pelbagai item HOTS semasa pentaksiran dilakukan di sekolah. Isu yang seterusnya ialah apabila item HOTS tidak memenuhi spesifikasi piawaian item. Isu ni harus dititik berat oleh pihak sekolah dan Lembaga peperiksaan. Reka bentuk instrument pentaksiran harus la dilakukan penambaikkan. KBAT merupakan satu pelaksanaan yang baik dan berkesan untuk membangunkan sistem pendidikan negara agar bertaraf antarabangsa. Namun pelaksanaannya harus lah sentiasa dipantau untuk mengelakkan kesan-kesan yang negatif.

No comments:

Post a Comment