
SIKAP
PELAJAR
Faktor
yang pertama terjadinya jurang pencapaian dalam mata pelajaran Matematik ialah
sikap pelajar. Mengikut Che Mah dan Mariani (2001), faktor personaliti
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik. Personaliti
pelajar adalah sukar diramal. Kebanyakan dapatan kajian yang lalu menunjukkan
hubungan yang positif antara sikap dan motivasi dengan pencapaian matematik.
Sikap belajar berkaitan dengan perasaan terhadap matematik dan mempengaruhi
motivasi, jangkaan dan minat pelajar dalam matematik (Maree, et al., 1997;
Moodaley, Grobler & Lens, 2006). Bandura (1994) mendapati bahawa sikap positif terhadap pembelajaran memberi
kesan yang kuat kepada motivasi pelajar. Schreiber (2002) dalam
kajiannya juga mendapati, terdapatnya hubungan positif antara sikap dengan
prestasi matematik pelajar.
Pelajar
mempunyai tanggapan yang negative terhadap matematik. Mereka beranggapak
matematik terlalu sukar dan rumit. Membosankan dan tidak mendatangkan
keseronokan. Oleh itu mereka tidak berminat untuk mempelajari matematik. Selain
itu punca mereka tidak berminat dengan matematik ialah kerana mereka tidak
Nampak kepentingan mempelajari matematik. Mereka tidak nampak hubungkait
matematik dengan pelajaran-pelajaran lain. Mereka tidak nampak kepentingan
matematik dalam kehidupan seharian. Hal ini disebabkan mereka tidak memahami
konsep matematik dengan betul dan menyeluruh. mereka tidak cukup pengetahuan
asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak memahami konsep
matematik dengan betul. Mereka kurang membuat latihan.
Satu
lagi punca masalah pelajar dalam mempelajari matematik ialah kebimbangan
matematik (mathematic anxiety). Kebimbangan matematik boleh dimaksudkan sebagai
suatu perasaan yang bimbang serta tekanan terhadap gangguan memanipulatifkan
nombor dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan matematik dalam kehidupan
seharian dan dalam sesi pembelajaran mereka. Bagi seseorang yang mengalami
kebimbangan matematik ini, mereka merasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan
aktiviti serta kelas yang melibatkan matematik. Kebimbangan matematik ini lebih
tepat dikenali sebagai satu masalah emosi daripada masalah intelektual.
Walaubagaimanapun, kebimbangan matematik ini menganggu keupayaan personaliti
seseorang untuk belajar matematik dan keputusannya diperolehi dalam
permasalahan intelektual.
Terdapat
dua factor yang menjadi punca kebimbangan matematik iaitu ibu bapa dan guru.
Bush (1991) mengulaskan bahawa kebimbangan matematik timbul di mana sikap
negatif dan kebimbangan yang dipindahkan daripada orang dewasa kepada
kanak-kanak. Lazarus (1974) dan Wilhelm dan Brooks (1980) menyatakan bahawa
sikap ibu bapa yang negatif boleh dipindahkan kepada anak–anak mereka dan
ibu bapa juga sering mengukuhkan kebimbangan matematik anak-anak mereka. Berdasarkan
kajian yang dijalankan (Puteh, 1998), ditemui bahawa punca-punca terhadap
kebimbangan matematik berkaitan rapat dengan personaliti guru serta cara
pengajaran guru tersebut.
Mengikut
kajian (Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian
Matematik Tambahan) yang dibuat oleh Arsaythamby Veloo dan Shamsuddin Muhammad
(2011), (Muhammad, 2011) ), ketiga-tiga
pemboleh ubah tersebut memberi kesan dalam pencapaian pelajar, tetapi
kebimbangan (mathematics anxiety) menunjukkan penyumbang terbesar dalam
pencapaian matematik. Pelajar yang tinggi kebimbangan matematik memperolehi
pecapaian yang rendah.
3.0
CORAK KEHIDUPAN KELUARGA
Kepimpinan atau cara didikan laissez-faire ialah
kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas
melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan
sepenuh kebebasan. Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan
untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak
berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam
meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.
Kepimpinan yang demikian mengudang ke araha negatif terhadap perkembangan
anak-anak. Keakraban antara ibu bapa dan anak-anak juga
berkurang. Ibu bapa yang tidak mempedulikan perihal pendidikan anak-anak sehingga mereka tidak
ada rasa tanggungjawab dalam diri menyebabkan terjejasnya pencapaian akademi.
Kepimpinan atau cara didikan demokrasi yang jauh bezanya dengan laissez-faire
yang mana lebih menumpukan kepada perkongsian kehidupan antara ibu bapa dan
anak-anak. Ibu bapa lebih banyak memberi sokongan,dorongan serta galakan kepada
anak-anak jika ia sesuatu perkara yang baik.
Selain itu, berlakunya jurang pencapaian dalam
kurikulum adalah kerana kurang dorongan ibu bapa. Sokongan dan dorongan sangat
diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina
jati diri yang mantap. Sesetengah ibu bapa mengabaikan perasaan anak-anak
mereka, tambahan pula ibu bapa yang jenis jarang berada dirumah. Ibu bapa yang
tidak ada masa bersama anak-anak dan tidak ambil tahu kurikulum anak-anak sama
ada anak-anak mereka cemerlang ataupun tidak dalam kurikulum. Contohnya,
anak-anak yng kurang pandai dan mendapat keputusan yang kurang memuaskan, ibu
bapa seharusnya memberi sokongan mahupun memberi nasihat atau dorongan kepada
anak-anak supaya mereka berasa semangat untuk membaiki dan bersemangat untuk
melakukan lebih baik daripada sebelum ini.Kata-kata perangsang ibu bapa adalah
azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha
mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.Menurut
Angela et.al (2001) berpendapat jika keluarga melibatkan diri mereka dalam pendidikan
anak-anak, anak-anak akan memperolehi gred yang lebih baik, hadir ke sekolah
lebih kerap, menyiapkan kerja rumah, bersikap positif dan menamatkan pengajian
dengan cemerlang.Walberg (1985) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dalam
aktiviti akademik anak-anak mereka amatlah penting untuk menjamin pencapaian
yang lebih baik dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.
Status
sosioekonomi telah memberi impak besar kapada prestasi pelajar. Perbezaan
sosioekonomi menimbulkan cabaran besar dalam mencapai kesamarataan dalam
keberhasilan pendidikan. Ketaksamarataan pendidikan yang disebabkan oleh
pendapatan ibu bapa pelajar dan lokasi mereka bersekolah, berkorelasi dengan
pencapaian murid. Kebiasaannya pelajar yang pencapaian akademiknya baik
dikaitkan dengan ibu bapa yang berpendapatan tinggi ,tahap pendidikan ibu bapa
berbanding pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah dan kurang
berpendidikan. Keluarga yang kurang berkemampuan mempunyai pelbagai masalah
kerana mereka tidak mampu membeli perlatan dan bahan pembelajaran seperti
membeli buku rujukan,membayar yuran sekolah, dan lain-lain. Jika kita lihat,
sesetengah keluarga miskin ini, ada yang anak sulung mereka tidak belajar
kerana ingin membantu meringankan beban ibu bapa mereka yang perlu menanggung
adik beradik yang lain.Rumah yang selesa tidak dapat disedikan dan suasana
pembelajaran di dalam rumah yang tidak selesa. Selain itu, keluarga miskin
tidak mampu menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang, hal ini
menyebabkan kekuranngan zat dalam tubuh badan, justeru memberi kesan yang
negatif terhadap minda,fizikal dan emosi pelajar. Oleh itu, konsentrasi pelajar
terganggu sehingga mereka berasa tidak minat lagi untuk belajar dalam keadaan
seperti itu.
Berbeza
dengan keluarga kaya yang mampu menyediakan peralatan dan bahan pembelajaran
yang lengkap seperti rumah yang selesa, buku rujukan, komputer, internet malah
mempunyai kehidupan yang seimbang.Majoriti keluarga yang kaya, mereka mampu
menghantar anak-anak mereka bersekolah ke peringkat yang lebih tinggi sehingga
pendidikan di luar negara. Mereka juga mampu menghantar anak-anak mereka ke
tusyen tambahan. Dalam pada itu, ibu bapa yang berpendidikan tinggi lebih
memfokuskan anak-anak mereka mengenai pentingnya pendidikan berbanding dengan
ibu bapa yang kurang berpendidikan. Ada juga keluarga yang miskin yang
anak-anaknya berjaya dalam pendidikan tetapi secara keseluruhannya keluarga
miskin menjadi faktor jurang pencapaian pelajar dalam pendidikan. Perbezaan
status ekonomi jelas mempengaruhi terhadap pencapaian murid di sekolah di mana
dari keluarga yang berkempuan dari segi ekonomi mempunyai tahap pencapaian yang
lebih baik berbanding murid dari keluarga miskin (Mohamad J.S et al, 2009).
No comments:
Post a Comment